Followers

assalamualaikum,welcome to my blog..

Saturday, March 9, 2013

Al-Fathihah buat sepupuku..


Anggota JPJ Perlis maut dalam kemalangan


YAN — Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menemui ajal pada hari ulang tahun kelahirannya selepas terbabit kemalangan di Kampung Sungai Kering, Jalan Batas Paip Alor Setar-Yan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, Mohammad Zamri Mansor, 31, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh sebatang pokok, menyebabkannya tercampak ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Perlis ke rumah ibu mertuanya di pekan Yan Besar.

"Semasa kita sampai di tempat kejadian, kita dapati mayat mangsa berada di dalam parit dalam keadaan tertiarap berhampiran motosikalnya manakala barang-barang mangsa tercampak ke dalam bendang,” kata Ismail kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati mangsa yang mengalami kecederaan di kepala mati akibat lemas.— BERNAMA

8 Mac 2013


Maut pada hari lahir

Infografik kemalangan

YAN - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 setelah motosikal ditungganginya merempuh pokok sebelum tercampak ke dalam parit di Kampung Sungai Kering, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, Mohammad Zambri Mansor, dalam perjalanan dari Alor Setar ke rumah keluarga mertuanya di belakang pasar Pekan Yan Besar, selepas selesai menyertai operasi di Perlis.

Mangsa maut di tempat kejadian disebabkan kecederaan di kepala dan lemas.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh pokok di tepi jalan sebelum tercampak sejauh 1.8 meter ke kawasan parit berdekatan.

“Kita mendapat maklumat kira-kira jam 9.40 pagi berhubung kejadian itu sewaktu seorang petani ingin melakukan aktiviti meracun di kawasan kebunnya dan menemui mayat tertiarap di parit.

“Masa kejadian dikenalpasti melalui pergerakan jam tangan mangsa terhenti pada waktu itu dengan keadaan cermin permukaan jam ada kesan retakan di lokasi,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini, semalam.

Ismail berkata, rempuhan berlaku pada bahagian kanan berdasarkan kepada kerosakan teruk bahagian kanan motosikal.

“Sewaktu ditemui, mangsa masih berpakaian seragam kerja dengan menyarung jaket. Mayatnya dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan sempat meluangkan masa setengah jam menziarahi jenazahnya ketika dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan selepas menghadiri satu mesyuarat.

“Saya turut bersimpati dengan kejadian itu dan JPJ akan menguruskan proses pengebumian jenazah,” katanya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Pekan Yan selepas Asar.

Sinar Harian 9 Mac 2013


Tak sempat tatap wajah anak ketiga

YAN - Hasrat arwah Mohammad Zambri Mansor menyambut kehadiran cahaya mata ketiganya dua bulan lagi tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada hari kelahirannya ke-31 awal pagi semalam.

Bapa saudaranya, Amzaini Nayan, 52, berkata, arwah bersama keluarga berpindah ke Kedah tiga tahun lalu selepas ditukarkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis kerana sebelum ini berkhidmat di Sabah.

Menurutnya, arwah mempunyai dua anak masing-masing berumur lima dan dua tahun. Manakala isterinya, Shima Abdual Ghafar, 31, berkhidmat sebagai kerani di Kolej Komuniti Guar Chempedak dan sarat mengandung tujuh bulan anak ketiga.

“Kali terakhir saya bertemu arwah Ahad lalu ketika dia menegur saya di tempat kerja. Arwah seorang yang amat periang selain gemar kepada aktiviti berbasikal beramai-ramai bersama rakannya.

“Dia tidak menunjukkan sebarang kelainan sebaliknya hanya bersikap biasa. Arwah tinggal bersama keluarga mertuanya kerana sering berulang-alik menunggang motosikal ke tempat kerja,” katanya kepada media ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Yan, di sini, semalam.

Amzaini berkata, arwah berasal dari Junjong, Kulim.

Sementara itu, ibu mertua arwah, Che Bunga Mohd Saad, 61, sempat bertemu Mohammad Zambri kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin sewaktu arwah ingin keluar ke tempat kerja.

Isterinya, bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa suaminya.

Sinar Harian 9 Mac 2013



Mayat ditemui selepas 8 jam kejadian berlaku

Yan: Mayat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Mohammad Zambri Mansor, 31, yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Kering, dekat sini, hanya ditemui selepas lapan jam kejadian berlaku.

Difahamkan, seorang penduduk yang sedang melakukan kerja menabur baja di sawah padi di kawasan berhampiran melihat sesuatu mencurigakan lalu memaklumkan kepada penduduk lain yang kemudian menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang lengkap memakai uniform JPJ dalam keadaan tertiarap di dalam parit itu jam 9.40 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas selepas merempuh pokok di laluan bertentangan sebelum mangsa tercampak ke dalam parit 1.8 meter dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Yan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas selain akibat kecederaan parah dialami pada bahagian kepala,” katanya.



myMetro 9 Mac 2013

semoga Allah ampun kan segala dosa arwah dan tempat kan arwah bersama orang-orang yang beriman..

Thursday, January 31, 2013

first entry for 2013

Assalamualaikum..

hai apa kabar smua? dah lama kita tak b'tgur sapa kn..giler lama aku tak post..asanya since laptop aku rosak kot..plus, sibuk dgn asignmnt smua..alhamdullillah, smuanya dah abis tok 5 sem aku kt perlis...so  start 3  feb ni aku nk kena focus tok praktikal n thesis plak..hopefully smua nya b'jalan dgn lancar..doakan saya yerr..asanya belom t'lambat tok ucapakn selamat tahun baru..2013..XD..smoga tuhan lancarkan dan p'mudahkan segala urusan..amin...

salam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Left Your Shadow Here