Followers

assalamualaikum,welcome to my blog..

Saturday, March 9, 2013

Al-Fathihah buat sepupuku..


Anggota JPJ Perlis maut dalam kemalangan


YAN — Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menemui ajal pada hari ulang tahun kelahirannya selepas terbabit kemalangan di Kampung Sungai Kering, Jalan Batas Paip Alor Setar-Yan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, Mohammad Zamri Mansor, 31, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh sebatang pokok, menyebabkannya tercampak ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Perlis ke rumah ibu mertuanya di pekan Yan Besar.

"Semasa kita sampai di tempat kejadian, kita dapati mayat mangsa berada di dalam parit dalam keadaan tertiarap berhampiran motosikalnya manakala barang-barang mangsa tercampak ke dalam bendang,” kata Ismail kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati mangsa yang mengalami kecederaan di kepala mati akibat lemas.— BERNAMA

8 Mac 2013


Maut pada hari lahir

Infografik kemalangan

YAN - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 setelah motosikal ditungganginya merempuh pokok sebelum tercampak ke dalam parit di Kampung Sungai Kering, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, Mohammad Zambri Mansor, dalam perjalanan dari Alor Setar ke rumah keluarga mertuanya di belakang pasar Pekan Yan Besar, selepas selesai menyertai operasi di Perlis.

Mangsa maut di tempat kejadian disebabkan kecederaan di kepala dan lemas.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh pokok di tepi jalan sebelum tercampak sejauh 1.8 meter ke kawasan parit berdekatan.

“Kita mendapat maklumat kira-kira jam 9.40 pagi berhubung kejadian itu sewaktu seorang petani ingin melakukan aktiviti meracun di kawasan kebunnya dan menemui mayat tertiarap di parit.

“Masa kejadian dikenalpasti melalui pergerakan jam tangan mangsa terhenti pada waktu itu dengan keadaan cermin permukaan jam ada kesan retakan di lokasi,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini, semalam.

Ismail berkata, rempuhan berlaku pada bahagian kanan berdasarkan kepada kerosakan teruk bahagian kanan motosikal.

“Sewaktu ditemui, mangsa masih berpakaian seragam kerja dengan menyarung jaket. Mayatnya dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan sempat meluangkan masa setengah jam menziarahi jenazahnya ketika dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan selepas menghadiri satu mesyuarat.

“Saya turut bersimpati dengan kejadian itu dan JPJ akan menguruskan proses pengebumian jenazah,” katanya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Pekan Yan selepas Asar.

Sinar Harian 9 Mac 2013


Tak sempat tatap wajah anak ketiga

YAN - Hasrat arwah Mohammad Zambri Mansor menyambut kehadiran cahaya mata ketiganya dua bulan lagi tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada hari kelahirannya ke-31 awal pagi semalam.

Bapa saudaranya, Amzaini Nayan, 52, berkata, arwah bersama keluarga berpindah ke Kedah tiga tahun lalu selepas ditukarkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis kerana sebelum ini berkhidmat di Sabah.

Menurutnya, arwah mempunyai dua anak masing-masing berumur lima dan dua tahun. Manakala isterinya, Shima Abdual Ghafar, 31, berkhidmat sebagai kerani di Kolej Komuniti Guar Chempedak dan sarat mengandung tujuh bulan anak ketiga.

“Kali terakhir saya bertemu arwah Ahad lalu ketika dia menegur saya di tempat kerja. Arwah seorang yang amat periang selain gemar kepada aktiviti berbasikal beramai-ramai bersama rakannya.

“Dia tidak menunjukkan sebarang kelainan sebaliknya hanya bersikap biasa. Arwah tinggal bersama keluarga mertuanya kerana sering berulang-alik menunggang motosikal ke tempat kerja,” katanya kepada media ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Yan, di sini, semalam.

Amzaini berkata, arwah berasal dari Junjong, Kulim.

Sementara itu, ibu mertua arwah, Che Bunga Mohd Saad, 61, sempat bertemu Mohammad Zambri kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin sewaktu arwah ingin keluar ke tempat kerja.

Isterinya, bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa suaminya.

Sinar Harian 9 Mac 2013



Mayat ditemui selepas 8 jam kejadian berlaku

Yan: Mayat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Mohammad Zambri Mansor, 31, yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Kering, dekat sini, hanya ditemui selepas lapan jam kejadian berlaku.

Difahamkan, seorang penduduk yang sedang melakukan kerja menabur baja di sawah padi di kawasan berhampiran melihat sesuatu mencurigakan lalu memaklumkan kepada penduduk lain yang kemudian menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang lengkap memakai uniform JPJ dalam keadaan tertiarap di dalam parit itu jam 9.40 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas selepas merempuh pokok di laluan bertentangan sebelum mangsa tercampak ke dalam parit 1.8 meter dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Yan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas selain akibat kecederaan parah dialami pada bahagian kepala,” katanya.



myMetro 9 Mac 2013

semoga Allah ampun kan segala dosa arwah dan tempat kan arwah bersama orang-orang yang beriman..

Thursday, January 31, 2013

first entry for 2013

Assalamualaikum..

hai apa kabar smua? dah lama kita tak b'tgur sapa kn..giler lama aku tak post..asanya since laptop aku rosak kot..plus, sibuk dgn asignmnt smua..alhamdullillah, smuanya dah abis tok 5 sem aku kt perlis...so  start 3  feb ni aku nk kena focus tok praktikal n thesis plak..hopefully smua nya b'jalan dgn lancar..doakan saya yerr..asanya belom t'lambat tok ucapakn selamat tahun baru..2013..XD..smoga tuhan lancarkan dan p'mudahkan segala urusan..amin...

salam...

Monday, July 23, 2012

Hari Pertama Puasa di Arau

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..Hari ini dah masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun 1433Hijrah..dan hari ini adalah hari pertama buat aku dah juga housemate yang lain berbuka di Arau..banyak beza antara berbuka di kampung dengan berbuka di Arau..why??

Perbezaan yang paling ketara mestilah tak dapat berbuka dengan family tercinta instead of with housemate..bila dah tak berbuka dengan family, juadah untuk berbuka puasa juga lain..kalau selalu berbuka dengan pelbagai hidangan yang penuh di atas meja, tetapi bila di Arau hanya makanan yang penting2x sahaja ada di hadapan..lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar di perantauan walaupun tidak lah jauh hingga ke negeri Cina..

Kalau di rumah macam nie lah..penuh dengan pelbagai juadah..

nie makanan untuk hari pertama..hari tu semangat sangat nak masak untuk berbuka..kami ada buat koewteow kungfu, puding kuah, ketayap special, dan juga lauk pauk..

disebabkan aku tak jadi balik pada hari ahad, mak pun masak lebih sikit dari selalu..malam tu, kami ada koewteow goreng, tepung talam dan seperti biasa lauk pauk..

alhamdulillah, kami tak membazir..semuanya habis ditelan..waktu berbuka tak banyak makan sebab kalau penuh sangat nanti malas nak pergi tarawih..so makan ala kadar untuk isi perut yang kenyang..balik dari tarawih baru pulun banyak2x..

while, bila di Arau lain pula cita dya..macam tadi, beli nasi ayam black pepper, dan air soya..kurma dan buah bawa dari rumah..untuk sahur pula kita ada ayam goreng..so simple right..rindulah nak balik berbuka kat rumah..

apapun, bersyukur sebab masih ada lagi rezeki untuk aku berbuka kalau nak dibandingkan dengan orang lain di luar sana..ada yang tidak mampu untuk membeli makanan walaupun sesuap nasi..itu lah tujuan kita berpuasa..jangan terlalu mengikut perasaan atau berlebihan ketika berbuka..kita kena ingat, tak semua orang bernasib baik macam kita menikmati pelbagai makanan..ada lagi yang masih mengalami kebuluran di luar sana..so, lepas nie kalau nak masak atau beli makanan janganlah terlalu membazir..selalu nya beli banyak2x tapi makannya sikit saja..
Ingat,makan ala kadar sahaja..jangan terlalu membazir..tak semua orang dapat menikmati apa yang kita sekarang..plus, membazir adalah saudara syaitan..

Wassalam..

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..tahun nie kita masih lagi berkesempatan untuk menunaikan fardu puasa bagi semua umat Islam..moga-moga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh ikhlas dan sabar..kerna disebalik keikhlasan dan kesabaran itu ada ganjaran yang berlipat ganda..

Marilah sama-sama memperbanyakan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan seperti bersedekah, berzikir, membaca al-quran, tarawih dan sebagainya..kerna bulan ini adalah antara bulan untuk kita mengutip pahala sebanyak yang mungkin..

Dan dikesempatan ini belum terlembat untuk mengucapkan salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimat sekalian..saya hadiahkan serangkap pantun untuk semua;

Salam dihulur pembuka bicara, 
bulan mulia sudah menjelma,
 mari kita niat bersama,
 sempena Ramadahan yang kini tiba..

Ku hulur tangan memohon keampunan dan kemaafan dari dikau, dikala bulan yang mulia, moga dikau dapat memaafkan diriku serta menghalalkan segalanya sedari saat pengenalan lagi.. ku juga pohon doa supaya dikau menjalani ibahan puasa sebaiknya..

"Sebening air wudhu, sesuci al-quran, semerdu alunan zikir, seindah solat lima waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam, jika tangan tak sempat berjabat, wajah tak sempat bertatap, bukalah pintu kemaafan..Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa..."


Saturday, July 14, 2012

Semester 4 Tamat

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..paper ENT530 telah aku jawab dengan sebaik mungkin..ini bererti telah tamat pengajian aku untuk semester ke 4.,masih ada setahun untuk aku habiskan pengajian di UiTM Perlis..terasa masa berlalu terlalu pantas..pejam celik pejam celik dah setahun..

petang 13 july tu tayar moto aku bergolek menuju ke desa yang telah sebulan aku tinggalkan..rindu pada keluarga tercinta sangatlah membuak-buka..nasib nk pecah dada nie..overnya aku..haha..anyway, sem nie aku cuti seminggu jer,,xbestnya..sebab2xnya:

1. org cuti aku pulak sibuk duk stdy kt arau nanti..
2. xdpt puasa ngan family.
3. xdpt nk b'sama dgn humaira a.k.a ank buah den.
4. segan la nk kena mnx det kt parent t, det pt dah abis..
5. t'psksa b'puasa di arau yg agak panas.
6. t'pksa stdy masa tgh puasa n cuaca kt arau yg agak panas.

banyaknya dugaan aku untuk bulan puasa nie..mmpu kah aku hadapi semua ini..harap2x dapat lah aku tahan sampai abis study..hopefully lah kan..

apa2x hal pun kita enjoy dulu cuti seminggu nie..gunakan masa sebaik mungkin..manfaatkan masa yang ada bersama keluarga..haha..

Friday, July 6, 2012

'Kalau diberi peluang benda yang teringin nak buat...'

Assalamualaikum..olahai (ola+hai)...

petang2x gini buat aku ngantuk rasa nak tidur..dengan perut yang berbunyi minta diisi buat aku bertambah nantok dan tak boleh nak concentrate kat study..tapi digagahkan juga mata and badan nie tok bangun..bukan apa, next paper dah xlama sangat..gap 2 3 ari jer..xbleh nak relax sangat..baru jer nak baca chapter 1 mulut dah menguap besau2x..walaupun pasang lagu kuat2x still xleh..cmna nak study ginie..kepala pula duk berangan jer memanjang..memang xboleh study lah..aku bukan jenis study petang2x..argghhh!!!..lastx ke sini juga aku  singgh.. 

bila dah berangan mula la da idea2x datang yang jauh menyimpang dari topik yang aku patut study..actually, bukan lah berangan tapi lebih kepada keinginan yang tidak kesampaian..macam ayat sedih jer..huk3x..

well, bila start hidup baru dekat Arau cini.aku asa boring lah pulak..cam xda life..kalau kat merbok dulu hujung minggu aku n member2x rajin kuar jalan2x event xda transport sendiri..experience macam2x..bestt!!!..tapi, since kat sini banyak benda yang aku xbuat macam masa study diploma..windu!!!..eh, aku dah terkuar tajuk nie..actually, nak cita pasal tajuk entry kat atas tu..

benda pertama yang aku teringin SESANGAT nak buat sekarang adalah bersenam setiap petang..sound simple right..kalau masa dip, tiap2x minggu aku lari2x, joging2x dengan pelatih..masa abang aku tinggal dengan family aku, petang2x selalu pegi jogging dekat Taman High Tech..xpun dekat air terjun or tepi tasik kulim..tapi sekarang dah xbuat semua tu.. bila kat arau and da kat tempat aku sekarang nie rasa cam susah sikit nak buat..sebab, of course lah aku perlu kan teman..buat masa sekarang nie aku xjumpa g dengan orang yang boleh teman aku buat benda alah nie.well, aku nie yang jenis affiliation needs nie memang suka nak buat apa2x dengan member..satu masalahnya aku segan nak buat sesorang..orang kata 1st time tu memang lah segan, tapi lama2x okay lah..lepas tu nak buat sendiri pun dah okay tak segan..yes, thats right..untuk permulaan aku perlukan teman tok mulakan langkah..tapi...just what i say, belom jumpa teman yang sesuai lagi..kalau da boyfriend boleh lah jugak ajak g sesama kan..huuuhhh...who want accompany me???


benda kedua adalah nak belajar menari..teringin sangat nak masuk kelas tarian..dulu masa aku nak isi masuk u,aku cakap lah nak ambik tarian nie semua, tapi family aku tak bagi..akur  aje lah..masa skol rndah dulu aku selalu masuk dikir barat n pertandingan muzik ala2x orchestra  camtu..skol mngah pula memang masuk kelab tarian citrawarna negeri kedah..pernah la buat persembahan and masuk pertandingan..then bila dah masuk u semua tu dah xda,,xda geng nak buat..masalah yang sama kan..xkisah la tarian apa pun tradisional ke, sasa ke or sekarang tengah popular dengan K-POP, nak belajar..coz y?..sebab dya enjoy..


and next is i really really want  to learn to play piano and guitar. agak2x apa masalah dya sekarang??  macam dah boleh agak kan..tapi itu bukan masalah utama dya..yang nie memang susah sikit nk direalisasikan..first thing of course lah perlu kan cost tok beli bnda2x alah tu..bukan murah taw..unless, kalau da member yang dah ada benda2x alah tu and sudi nak ajar..memang heaven lah..!!!ada sesapa yang teringin nak derma piano and gitar dekat saya x??..sambil kelip2xkn mata (*,*)..


best kan kalau boleh buat..actually,memang boleh buat pun, tapi perlukan semangat yang kuat dan usaha yang lebih.. wahh!!..insyallah, akan diusahakan tak lama lagi impian yang pertama tu..sekarang focus pada study dulu yer, your paper just around the corner..Fighting!!!


Wednesday, July 4, 2012

Tension Study Punya Pasal

Assalamualaikum..haii...


okay sekarang dah pun start musim exam..semua orang mesti tengah pulun study kan...so aku pulak buat apa kt sini..hahh..mesti lah tgk update blog aku yang dah berabuk..dah lama rasanya xupdate blog nie..cian dya...

actually, aku tengah study HRD sekarang nie..disebabkan tersangatlah bosan aku nak relax2x kn otak nie..almaklumlah subject nie kena banyak membaca..membaca bukanlah hobi aku..tapi kalau bagi novel boleh la aku abis kan dalam sehari jer..ahahaha..yelah, bila baca novel kita boleh da feeling2x sikit..nie baca buku non-fiction yang semua nya nak kena faham n hafal memanglah bukan kehebatan aku..

aku asa kan aku nie dah silap ambik course lah..patut ambik math ke music ke mascom ke..enjoy lah sikit hidup nie..boleh tengok dunia luar..actually tu memang minat aku pun..xtaw cmana leh terbabas ambik course nie...adush!!..boleh tak pusing balik masa nie..haha

WITH THE AID OF THE TIME CONTROLLER!!!  JANG!!!


hah, sudah nie terpengaruh tengok Running Man banyak sangatlah nie..haha..nie lah akibatnya kalau tension sesangat..dah la sesorang duk dalam bilik nie..roomate aku x balik2x agi..dah lama aku tidur sesorang..bila kau nak balik ni Tika..aku boring der..

ok lah..nak sambung study balik..dah lama sangat aku stop..xabis kang pakai kosong lah kertas aku esok..ok chao dulu dear...wish me luck for tomorrow eh..k daaaaaaaaaaaa.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Left Your Shadow Here