Ok, so as we all know, 23 February 2012 adalah antara hari bersejarah dalam industri hiburan kita.. tahu apa dia..? Yupp, hari itu telah berlangsungnya majlis PERKAHWINAN LISA DAN YUSRI..Sapa yang tak tahu tu xpa , meh sini nak story. First of all, aku creditkan pada ower yang buat pasal diorang ni..iaitu ENCIK NAKAL so, i just spread it..majlis yang diadakan agak meriah..so let's check it out..
Aku tengok yusri tu dah mcm panglima mna ntah..segak giler dengan misainya, tak ketinggalan lisa yang so sweet as usual..btw lisa's mother always be her side wherever she go..good mom!!..dan dikesempatan ini, nak ucapkan selamat pengantin baru buat lisa n yusri.. semoga masjid yang dibina akan kekal hingga je akhir hayat..amin ya rabbal alamin..^_^
GAMBAR PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRY
Gambar Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry.Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot,selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.
Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.
Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.
Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.
Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Aku tengok yusri tu dah mcm panglima mna ntah..segak giler dengan misainya, tak ketinggalan lisa yang so sweet as usual..btw lisa's mother always be her side wherever she go..good mom!!..dan dikesempatan ini, nak ucapkan selamat pengantin baru buat lisa n yusri.. semoga masjid yang dibina akan kekal hingga je akhir hayat..amin ya rabbal alamin..^_^
No comments:
Post a Comment