Assalamualaikum...
Alhamdulillah..Hari ini dah masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun 1433Hijrah..dan hari ini adalah hari pertama buat aku dah juga housemate yang lain berbuka di Arau..banyak beza antara berbuka di kampung dengan berbuka di Arau..why??
Perbezaan yang paling ketara mestilah tak dapat berbuka dengan family tercinta instead of with housemate..bila dah tak berbuka dengan family, juadah untuk berbuka puasa juga lain..kalau selalu berbuka dengan pelbagai hidangan yang penuh di atas meja, tetapi bila di Arau hanya makanan yang penting2x sahaja ada di hadapan..lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar di perantauan walaupun tidak lah jauh hingga ke negeri Cina..
Kalau di rumah macam nie lah..penuh dengan pelbagai juadah..
nie makanan untuk hari pertama..hari tu semangat sangat nak masak untuk berbuka..kami ada buat koewteow kungfu, puding kuah, ketayap special, dan juga lauk pauk..
disebabkan aku tak jadi balik pada hari ahad, mak pun masak lebih sikit dari selalu..malam tu, kami ada koewteow goreng, tepung talam dan seperti biasa lauk pauk..
alhamdulillah, kami tak membazir..semuanya habis ditelan..waktu berbuka tak banyak makan sebab kalau penuh sangat nanti malas nak pergi tarawih..so makan ala kadar untuk isi perut yang kenyang..balik dari tarawih baru pulun banyak2x..
while, bila di Arau lain pula cita dya..macam tadi, beli nasi ayam black pepper, dan air soya..kurma dan buah bawa dari rumah..untuk sahur pula kita ada ayam goreng..so simple right..rindulah nak balik berbuka kat rumah..
apapun, bersyukur sebab masih ada lagi rezeki untuk aku berbuka kalau nak dibandingkan dengan orang lain di luar sana..ada yang tidak mampu untuk membeli makanan walaupun sesuap nasi..itu lah tujuan kita berpuasa..jangan terlalu mengikut perasaan atau berlebihan ketika berbuka..kita kena ingat, tak semua orang bernasib baik macam kita menikmati pelbagai makanan..ada lagi yang masih mengalami kebuluran di luar sana..so, lepas nie kalau nak masak atau beli makanan janganlah terlalu membazir..selalu nya beli banyak2x tapi makannya sikit saja..
Ingat,makan ala kadar sahaja..jangan terlalu membazir..tak semua orang dapat menikmati apa yang kita sekarang..plus, membazir adalah saudara syaitan..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment