Followers

assalamualaikum,welcome to my blog..

Monday, March 26, 2012

Lepak di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis

Assalamualaikum...

Hai..

Hari ni aku dengan geng aku rajin giler pergi lepak dekat Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis..library dia agak besar, tapi sayang tak ramai yang guna lib ni..kalau dekat UiTM Kedah sampai tak cukup kerusi..sini aku tah tahu kenapa, tapi kalau sekali imbas aku nampak ada satu kekurangan pada lib ni..

Iaitu penghawa dingin dia tak function..student nak study agak susah ah..student dalam tu boleh kira dengan jari..sapa yang dapat tahan tu memang tera lah..unless tempat nak study tu ada kipas dekat dengan student..memang panas la kalau buat kelas dalam ni.

Aku pernah ada kelas sekali hari tu, maih panas giler..berkipas-kipas semua orang..then tadi kami 3 orang dengan bangganya melangkah kaki masuk lib nak cari bahan and pinjam buku.. kalau tak memang tak masuk la..tunggu ada kelas dekat situ pulak lah..

Dan bak kata peribahasa yang aku pernah belajar masa sekolah rendah dulu 'sambil selam minum air'..tapi kami xselam and minum air..kami cari bahan sambil posing-posing..haha...ni lah hasilya..

JANG!!!


tak paham aku kenapa nak kena menyorok belakang rak tu..


ni lah cik Seri Sharina..baca ke tu sayang..

ni lagi dua orang..khusyuknya...


perhh,,da gaya model korea takk..ahha..motif..

 penat posing berdiri kita posing duduk pulak..

actually, masa cari bahan tu berpuluh gileh ah, last aku jumpa satu kipas ni..pasang laju-laju terus, sonok je aku lepak depan kipas tu sorang2x..haha...



Sunday, March 25, 2012

Sunday, March 18, 2012

Tikus Mati Tersepit

Arau - Kematian seekor tikus di sebuah rumah sewa dilaporkan pada 17 Mac yang lalu menjadikan kes pertama di kawasan tersebut. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan. Bangkai seekor tikus sepanjang 15 cm dijumpai mati tersepit di sebuah rumah sewa pelajar di kawasan Mata Ayer.

Menurut cik Purple bukan nama sebenar, dia sedang mengemas rumah pada malam Sabtu lalu dah terhidu bau busuk di sekitar kotak yang menyimpan buku-buku beliau. Dia cuba mencari bau busuk itu untuk mengenal pasti apa terjadi. Setelah membelek-belek beliau menjumpai segumpal habuk dan cuba mengamati bentuk habuk tersebut. Namun sangkaannya meleset setelah mendapati habuk tersebut mempunyai bentuk jari.

Beliau telah memannggil rakan serumahnya iaitu cik Atika untuk menyiasat kejadian berkenaan. Setelah dilihat betul-betul itu bukanlah habuk sebaliknya adalah bangkai seekor tikus yang tersepit dicelah-celah kotak buku dan dinding. Kajian tersebut telah menarik minat beberapa orang penduduk di situ termasuk cik Una yang merupakan rakan serumah cik Purple dan cik Atika.

Tindakan lanjut telah diambil oleh cik Atika di mana beliau memberanikan diri untuk membuang bangkai tersebut menggunakan plastik beg. Lanjutan itu, cik Purple terus membersihkan tempat kajian dengan bantuan Mr.Muscle dan Febreze yang sangat memberi kesan kepada kotoran degil dan bau busuk.

Menurut cik Una, minggu lepas beliau dan juga rakan rumah yang lain pernah menerima laporan mengenai kehadiran seekor tikus di dalam rumah tersebut. Dan mereka juga menerima pesanan ringkas dari cik Aina agar membeli racun tikus. Racun telah dibeli, namun selepas itu, berita tersebut senyap begitu sahaja. Kerana masing-masing berfikir tikus itu telah pergi dari kawasan terbabit. Namun kejadian menjumpai bangkai tersebut telah merungkai persoalan yang membelengu seisi rumah itu. 

Kata cik Purple, " Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerna rumah terebut telah dibersihkan sebelum kelas bermula. Namun sesekali kajian seperti ini boleh berlaku kerana rumah ini tidak ada kucing kecuali kucing dari rumah jiran. Dan hampir dengan semak mungkin satu punca. Kejadian ini adalah yang pertama dilaporkan di kawasan tersebut dan berharap ia adalah yanng terakhir sekiranya orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kawasan masing-masing dan alert dengan keadaan sekeliling."



Sumber : BERPURPLE IN THE HOUSE

Saturday, March 17, 2012

Lepaking at Jitra for the 2nd time

Hai hai..


Tak tahu kenapa, aku nak juga post malam ni..Coz aku asa kalau post esok2x dah macam tak best..Almaklumlah perasaan happy tu still segar dalam hati ini..kalau simpan lama-lama dah tak best..so nak juga aku cita malam ni even dah lewat malam..XD..

Hari Jumaat ritu aku and housemate da plan nak pergi tengok wayang cita Seefood..dekat Jitra Mall..situ je paling dekat kalau nak tengok wayang..sanggup ooOOoo..dah tengok belum, lawak cita dia and ada selit moral story dalam cita tu..kepada mereka yang belum sila lah ikut langkah kami..Jang!!!

tengok macam mana aku promote cita ni,ada gaya tak..aha..sila tengok cepaaaatttt...!!!

Lepas lepak Jitra Mall kami pegi pulak lepak dekat Tasik Bandar Darul Aman..nak balik awal lagi so, lepak2x sambil hidup udara segar dekat tepi tasik memang best lah walaupun bukan dengan yang tersayang..1st cadang nak la naik buggy ride, tapi orang tu cakap ramai lagi yang tunggu nak naik, takut tak sempat, aku and tika terfikir pula nak naik kayak..dah lama asa nya tak berkayak, dekat dua tahun lah jugak, kalau berkayak kat sini boleh la nak lepaskan gian tu..disebabkan ramai orang duk beratur kami decide nak jalan-jalan dulu..yela datang hujung minggu, memang lah ramai kan..silap hari bulan lah datang hari tu..

setakat lepak2x tepi tasik tengok orang lain naik kayak, swan bagai memang agak boring plus menyampah lah kan..so kami dengan murah hati plus baik hatinya beli dedak, kasi makan sama itu ikan dalam tasik la..banyak giler ikan and besau2x belaka..gerammm...eeee!!!

harga dia seinggit k...

sambil bagi makan ikan snapping sudah menjadi 1 tabiat aka hobby or acara wajib bila pegi sesatu event..adala model2x yang akan duk posing penuh gaya sana sini..posing saja tak best juga, so, aku dapat 1 idea why not kita kasi creative sikit gambar kita..then, aku pegi lah beli benda alah ni..

TADA..!!!
  
pistol air..!! bukan pistol air lah, nama dia pistol belon buih..(betul ke, aku hentam aje,,,)..hehehe...apa-apa jelah..janji dia boleh buat macam nie.....

..
haa..kan nampak nice sikit gambarnya...kan kan kan..creative tak.(mesti orang cakap aku perasaan kan)...haha..aiman tak kisah punn..=P

ni each a cup yang kami beli dekat Jitra..nak juga bagi taw kan..besa la dak comot memang cam ni..kekeke..




ok, nie tika yang excited dapat main buih belon..cam zaman budak-budak dah aku asa..sapa yang tak pernah buat macam ni memang bohong r...

sibuk posing punya pasal kayak ke mana buggy ke mana..1 pun tak naik..padan muka..haha..last ambik je lah gambar dekat pokok tu..


Then, the last destination before going back we drop at Nasi Lemak Royal bagi mengisi perut yang kosong..asyik bagi ikan makan jer, kami pula yang lapar..huwaahhaa..and aku tak tahu lah kenapa dia letak 'nasi lemak' sedangkan nasi kandar ada la..fening2x..tak abis pun makan..maaf ler, saya bukan peminat nasi kandar...semulut dua boleh ler..

Hari tu sangat best coz aku boleh gelak ketawa sesuka hati aku..And kawan aku pula ada cakap aku happy even dia tak nampak muka aku..Happy sangat ke..Nak kata release tension tu tak da lah pulak coz baru seminggu kelas..Btw, aku happy jer hari tu walaupun tak shopping apa sangat..Malam tu pula aku dapat habis kan cita BUzzer Beat, and it has happy ending..And the main reason is I love Naoki..yyeaahhh...!!!..
love make people strong...

The End...

Steamboat plus Nasi Goreng

Ola..

Rajin pula malam ni aku up date banyak entry..Mimpi apa ntah..Eh, tidur pun belum, macam mana boleh mimpi kn..merapu tol..dah tak perlu merapu, kalau merapu memang panjang ler aku karang..

Ok, sekarang nak cerita pasal aku lepak-lepak dengan housemate aku..awal sem kan banyak duet, makan pun agak mewah sikit..kali ni kami pergi makan steamboat dekat Embun bla bla...aku tak ingat dah apa nama kedai tu..sorry cik, saya tak dapat nak promote kali ni..huwaahhaa..

kedai ni terlertak dekat2x dengan Anjung Keli jer..Anjung Keli ni kedai makan jugak,,Famouse almouse giler-giler..orang perlis mesti taw..kedai tu aku cita kemudian, malam ni nak cita pasal kedai Embun bla bla yang dipromote oleh housmate aku iaiu Zarith (aku sorang je panggil nama kedai camtu,orang lain tak boleh k,).haha..

1st time makan dekat situ, agak jakun jugak lah mulanya..ramai orang datang singgah situ..1st mesti cari tempat yang strategik,then pesan makanan semua..disebabkan tengah hari tak makan, so semua pesan nasi and the main menu for that night was steamboat...

Then bila pesanan sampai, waiters tu cakap.."awak, nasi goreng cina dah ada siap dekat sana." sambil tunjuk arah yang dimaksudkan..maksudnya kalau makan steambait diaorang sudah sediakan nasi goreng dekat sebelah lauk2x tu..oohhh..baru tahuu..aku yang sememangnya tak berapa nak malu sangat plus straight, cakap: "yeke, actually kami 1st time makan sini, tima kasih yer."(jujur giler kan)..tak kisah la janji dapat makan nasi coz member2x aku tak jumpa nasi dari semalam..ciaan..

Over all, semua ok. tapi lagi sedap kedai steamboat yang kami makan sebelum ni..maybe dah biasa dengan kedai sebelum ni kot..but, environment dia best..

so, macam biasa..pasti ada gambar yang akan dicapture kalau pergi makan..so meh cini aku kasi share...


ini lah dua makluk yang sabar menanti makanan yang dipesan dengan senyuman manis..

beberapa minit berlalu, makanan pun tiba dan tangan ni dengan pantas menyenep gambar..

dan ini 2 makluk yang sangat craving nak makan steamboat since datang Arau..sedapnya depa makan..nyammm nyamm...

That's all..Enjoy yeaahhh!!

Cemburu dengan Honeykoyuki

Assalamualaikum...


Tadi masa buka blog, nampak la si honeykoyuki nie post pasal award yang dia terima..nampak macam menarik, then tangan ni pun gatal la nak klik..and seperti yang dijangka, memang best lah, jeles pun ada..nak tahu apa..she got World Blogger &Social Award 2012,beb..kalau tak caya cew tengok sini..honeykoyuki wahhh, dasyat kan dia..boleh dapat award bagai.. kalau nak dibandingkan dengan aku memang ketinggalan jauh la kan..bukan takat nak pegang, bayang2x trophy tu pun belum tentu dapat tengok.. ibarat macam langit dengan  bumi..tengok follower lah mak cik dayah..dia berpuluh ribu, yang kau tu seratus pun tak sampai..tak payah nak berangan lah kan..DUSHH!!!

tersangat sangat lah jeles, dah la cantik, pandai pula tu,,untung ler..apa pun kat sini aku ucapkan tahniah buat si HONEYKOYUKI yang baru saja dapat World Blogger &Social Award 2012..saya sangat cemburu dengan mu..hahahah..and teruskan usaha anda sebagai blogger..i wish i can be like her.(boleh ke)...lalalalaaaa..






Thursday, March 15, 2012

Semangat Study

Assalamualaikum...


OLa...sihat..?? well, aku pulak yang demam. tapi tak da la teruk sangat,just flu jer..aku kalau dah flu tu  memang tunggu seminggu dua baru habis..(tu la, diri sendiri yang gatal nak sangat mandi hujan, kan dah dapat demam,padan muka!!

Ok, bab demam tak nak cakap apa, benda dah jadi even memang salah aku lah kan yang tak reti nak pakai baju hujan..huhu...

jadi, untuk sekian kalinya untuk sem baru ni aku dengan semangat yang masih sipi-sipi nampak bantal nak juga study untuk class staffing for tomorrow..tak pernah2x aku study sebelum masuk kelas, kalau aku study tu memang nak demam lah orang kata..unfortunately,benda tu lah yang jadi sekarang..tengah demam kura-kura nak kena study untuk kelas esok..betul kah ni hidayah???..jeng jeng jeng!!!

untuk pengetahuanlah kan, kelas ni gerun plus seram sikit..dah macam zaman sekolah pulak, masuk kelas je lecturer tanya balik apa yang kitaorang dah belajar masa kelas sebelum nie..mula la semua orang gelabah bewok buka BUKU NOTA cari balik apa yang dah salin..siap tanya sorang-sorang lagi, yang tu xboleh tahan tu..siap ada second and third round bagi yang tak boleh jawab..sejibik macam zaman kanak-kanak ribena..

seram lah nak masuk kelas esok..arrghhh..!!! kalaula ada Harry Porter, boleh dia tolong lindung aku dengan selimut dia, so lecturer tu tak da la nampak muka aku yang comey ni..ahak, ngarut sudah..

Ok lah, sekarang aku nak pulun study untuk kelas lecture esok. perhaps, tak da la buat benda bukan-bukan..seram seram!!

FIGHTHING HIDAYAH!!!

comey tak saya....yeeeahhhh!!!!

Monday, March 12, 2012

Esok Mungkin Demam

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..?  hopefully semua sihat lah yer..orang dekat sini tak berapa nak sihat dah..dua hari ini aku asyik mandi hujan jer...bukan mandi hujan dalam bilik mandi tu, ni mandi hujan betul-betul, bukan COBAAN..

nak dijadikan cerita, semalam aku and housemate aku balik konvoi ramai-ramai..sampai je Seberang Jaya, hujan dah mula turun slow2x.. sampai ja Sg. Dua, hujan giler lebat..basah abis baju aku pakai petang tu..then terpaksala aku dan Una stop dekat bridge Sg. Dua tu. sampai ja dekat situ aku dengan tak sempat nak belok betol2x, tayar depan dah jatuh ke bawah, sikit g je nak terjunam ke bawah..orang dari seberang pun boleh nampak moto aku yang dah senget nak jatuh dalam longkang yang besar dekat situ..1st tima la alami camtu..kalau betul2x jatuh dalam longkang yang besau tu, tak tahu lah apa nak jadi dengan aku and sekali dengan moto tu..bila ingat balik seram ada, lucu pun ada jugak..Una yang ada dekat situ dengan rasa kesian and prihatin datang tolong angkat moto..nasib baik boleh naik, kalau tak mau jugak panggil orang sebarang tolong angkatkan..haha..

and the next day, iaitu hari isnin. aku ada class pukul 10 till 12, and second class at 4 till 5.50..pagi tu, elok je cuaca..tak terlalu panas and tak terlalu mendung..tapii, petang tu time aku and classmate merangkap housemate nak pergi class..hujan turun gila lebat. bajet sempat lah nak sampai kelas sebelum hujan turun, tapi lepas kuar dalam seminit dua camtu hujan dah mula turun..sampai class ja baju dah basah lencun..baju aku yang paling jelas gile nampak contra warna..sejuk tak tau nak kata lah kan..dengan semangat yang ada, kami nak juga masuk class even baju tu dah boleh perah macam basuh baju..class pulak pasang aircon memang strategic giler ah..macam duk dalam peti ais pun ada jugak..nasib baik  lecturer tu bik hati bagi balik awal sikit..kurang la sikit sejuk yang aku rasa tu..T_T

then baget dah tak hujan, pegi la pulak kedai repair handset..otw nak balik tu part yang paling best..belok je depan taman bersatu, hujan turun balik..kali ni dya bagi KAW KAW punya..memang tak sempat la nak pakai baju hujan..lebat sampai tak nampak jalan, and air hujan yang jatuh atas tangan ni sakit macam ais ketul jatuh dari langit..pop pap pop pap..slow giler ah kenderaan yang lalu time tu, aku pulak yang bawak laju2x..haha..ada la dalam 5 minit camtu mandi hujan original punya..FUUHH..best giler ah..macam heaven..

and the result we'll see tomorrow k..malam ni aku dah start bersin..air hidung pun dah mula mencair..and soh seh soh seh dah mula berkumandang..100 plus dah pun da kat sebelah bersama panadol..haha...kalau esok aku tak pegi class tu faham2x jelah yer...

ok, tu je lah aku nak story telling bagai..panjang juga aku karang malam nie.. terasa macam jawab soalan karangan SPM la pula..agak2x aku dapat berapa yer..haha..

ok, tak nak merapu dah..bantal lembu aku dah panggil..i wish, all of you in good health always..=)



Thursday, March 8, 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum...hai hai...



apa kabar,sihat? aku terlebih sihat asa nya. kuat makan pula minggu ni.
bila dah kenyang malas pula nak update blog..so, wat pertama kali untuk sem baru ni aku nak cita pasal aku dan housemate aku jalan-jalan makan angin dekat area negeri indra kayangan..almaklumlah duet masyuk awal-awal sem ni kan, so makan pun hebat-hebat belaka. jom aku kasi tengok tempat-tempat yang aku and housemate aku pergi jelajah.. 

ok. tempat pertama yang kami pegi adalah Kuala Perlis. ala, dekat jety Kuala Perlis tu. area situ terkenal dengan makanan laut a.k.a seafood..makanan dia boleh tahan jugak. pesan punya pesan total kos dya hampir ce RM 70 cmtu. yang tak bestnya service dia tak berapa ok. then, banyak juga yang kami pesan. antaranya kailan ikan masin, tapi dapat kobis, xfaham aku..then, minta telor dadar tapi sampai habis makan tak sampai-sampai pun..hampeh tol.!! ok berbalik kepada menu, then kami pesan sotong goreng tepung, kerang bakar, and tomyam..the best part, kami ada order satay, then bungkus bawak balik, at the end, esok tu baru perasan tak da sapa sentuh pun lepas balik. terbang 8 hinggit..haha..

so, ni lah menu yang kami pesan hari tu. jeles tak..haha...


hah, ni budak perasan.. sila abaikan budak comot ni ok..^_^

then, next destinataion PiZZa HUttt....
ok, locationnya terletak dekat tengah-tengah pokan kangar. arau tak da, PHD ada la, tu pun xleh anta sampai umah sewa den..sadih tol..!!
so, dah craving sesangat aku ajak member aku pegi jugak makan pizza dekat sini..suka99x..hehehe..

nie la 4 orang yang suka jalan-jalan cari makan...gurlz in BLACK..

posing sakan malam tu..sampai orang sekeliling hairan tengok kami. macam tak pernah makan pizza..nak buat macam mana dekat arau tak da kan..huhu...

ni spageti yang aku pesan..biasa-biasa saja..asal boleh kenyangkan perut yang selalu berkerongcong bila ada dekat Arau..


oh yeah, ni la PIzza nya..

JANG!!!

JANG!!!

JANG!!!



ok itu jelah  buat masa ni..next time bila kami hangout lagi aku update k..then daaaa...nite...


Saturday, March 3, 2012

Arau dan Maggi

Asaalamaualaikum...hai..


ce teka aku kat mana sekarang..
ya, sekarang aku dah pun berada di Arau, tempat aku menuntut ilmu..
gila penat ari ni..bukan tak pernah balik dengan moto pun tapi entah kenapa ari ni penaaat sesangatt..maybe dah lama tak naik moto since cuti sem ari tu..

and nie 1st time bawa moto balik sesorang..bajet nak surprise kan  roomate aku, last2x t'paksa call dia coz aku tak confident jalan nak datang Arau..haha..bukan tak taw, just takut t'lepas jer..huhu...

1st tu cam xpercaya gak aku boleh sorang2x sampai Arau..mak aku pun macam berat je nak bagi aku balik ari ni..tapi cuba juga yakinkan mak aku...last..


JANG3X..


I'M in ARAU..

and for dinner, i had MAGGI..selama cuti kat rumah tak jumpa maggi langsung, tapi sampai sini je malam aku telan MAGGI dah..nak wat camna yang tu ja yang ada buat masa sekarang..

tak ada la sesedap cam dalam gambar tu..aku buat maggi rendam je..sebab malas kan..tapi taip benda alah ni tak da rasa penat pulak kan..gigigigigigigigigigigi...........

so ecok, nak pegi tengok jadual kelas n ronda2x pekan Arau yang dah lama aku tinggalkan....HUYEEEE....

ARau aku Datangggggggg!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Left Your Shadow Here