Followers

assalamualaikum,welcome to my blog..

Sunday, March 18, 2012

Tikus Mati Tersepit

Arau - Kematian seekor tikus di sebuah rumah sewa dilaporkan pada 17 Mac yang lalu menjadikan kes pertama di kawasan tersebut. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan. Bangkai seekor tikus sepanjang 15 cm dijumpai mati tersepit di sebuah rumah sewa pelajar di kawasan Mata Ayer.

Menurut cik Purple bukan nama sebenar, dia sedang mengemas rumah pada malam Sabtu lalu dah terhidu bau busuk di sekitar kotak yang menyimpan buku-buku beliau. Dia cuba mencari bau busuk itu untuk mengenal pasti apa terjadi. Setelah membelek-belek beliau menjumpai segumpal habuk dan cuba mengamati bentuk habuk tersebut. Namun sangkaannya meleset setelah mendapati habuk tersebut mempunyai bentuk jari.

Beliau telah memannggil rakan serumahnya iaitu cik Atika untuk menyiasat kejadian berkenaan. Setelah dilihat betul-betul itu bukanlah habuk sebaliknya adalah bangkai seekor tikus yang tersepit dicelah-celah kotak buku dan dinding. Kajian tersebut telah menarik minat beberapa orang penduduk di situ termasuk cik Una yang merupakan rakan serumah cik Purple dan cik Atika.

Tindakan lanjut telah diambil oleh cik Atika di mana beliau memberanikan diri untuk membuang bangkai tersebut menggunakan plastik beg. Lanjutan itu, cik Purple terus membersihkan tempat kajian dengan bantuan Mr.Muscle dan Febreze yang sangat memberi kesan kepada kotoran degil dan bau busuk.

Menurut cik Una, minggu lepas beliau dan juga rakan rumah yang lain pernah menerima laporan mengenai kehadiran seekor tikus di dalam rumah tersebut. Dan mereka juga menerima pesanan ringkas dari cik Aina agar membeli racun tikus. Racun telah dibeli, namun selepas itu, berita tersebut senyap begitu sahaja. Kerana masing-masing berfikir tikus itu telah pergi dari kawasan terbabit. Namun kejadian menjumpai bangkai tersebut telah merungkai persoalan yang membelengu seisi rumah itu. 

Kata cik Purple, " Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerna rumah terebut telah dibersihkan sebelum kelas bermula. Namun sesekali kajian seperti ini boleh berlaku kerana rumah ini tidak ada kucing kecuali kucing dari rumah jiran. Dan hampir dengan semak mungkin satu punca. Kejadian ini adalah yang pertama dilaporkan di kawasan tersebut dan berharap ia adalah yanng terakhir sekiranya orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kawasan masing-masing dan alert dengan keadaan sekeliling."



Sumber : BERPURPLE IN THE HOUSE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Left Your Shadow Here