Assalamualaikum...
Apa khabar semua..? hopefully semua sihat lah yer..orang dekat sini tak berapa nak sihat dah..dua hari ini aku asyik mandi hujan jer...bukan mandi hujan dalam bilik mandi tu, ni mandi hujan betul-betul, bukan COBAAN..
nak dijadikan cerita, semalam aku and housemate aku balik konvoi ramai-ramai..sampai je Seberang Jaya, hujan dah mula turun slow2x.. sampai ja Sg. Dua, hujan giler lebat..basah abis baju aku pakai petang tu..then terpaksala aku dan Una stop dekat bridge Sg. Dua tu. sampai ja dekat situ aku dengan tak sempat nak belok betol2x, tayar depan dah jatuh ke bawah, sikit g je nak terjunam ke bawah..orang dari seberang pun boleh nampak moto aku yang dah senget nak jatuh dalam longkang yang besar dekat situ..1st tima la alami camtu..kalau betul2x jatuh dalam longkang yang besau tu, tak tahu lah apa nak jadi dengan aku and sekali dengan moto tu..bila ingat balik seram ada, lucu pun ada jugak..Una yang ada dekat situ dengan rasa kesian and prihatin datang tolong angkat moto..nasib baik boleh naik, kalau tak mau jugak panggil orang sebarang tolong angkatkan..haha..
and the next day, iaitu hari isnin. aku ada class pukul 10 till 12, and second class at 4 till 5.50..pagi tu, elok je cuaca..tak terlalu panas and tak terlalu mendung..tapii, petang tu time aku and classmate merangkap housemate nak pergi class..hujan turun gila lebat. bajet sempat lah nak sampai kelas sebelum hujan turun, tapi lepas kuar dalam seminit dua camtu hujan dah mula turun..sampai class ja baju dah basah lencun..baju aku yang paling jelas gile nampak contra warna..sejuk tak tau nak kata lah kan..dengan semangat yang ada, kami nak juga masuk class even baju tu dah boleh perah macam basuh baju..class pulak pasang aircon memang strategic giler ah..macam duk dalam peti ais pun ada jugak..nasib baik lecturer tu bik hati bagi balik awal sikit..kurang la sikit sejuk yang aku rasa tu..T_T
then baget dah tak hujan, pegi la pulak kedai repair handset..otw nak balik tu part yang paling best..belok je depan taman bersatu, hujan turun balik..kali ni dya bagi KAW KAW punya..memang tak sempat la nak pakai baju hujan..lebat sampai tak nampak jalan, and air hujan yang jatuh atas tangan ni sakit macam ais ketul jatuh dari langit..pop pap pop pap..slow giler ah kenderaan yang lalu time tu, aku pulak yang bawak laju2x..haha..ada la dalam 5 minit camtu mandi hujan original punya..FUUHH..best giler ah..macam heaven..
and the result we'll see tomorrow k..malam ni aku dah start bersin..air hidung pun dah mula mencair..and soh seh soh seh dah mula berkumandang..100 plus dah pun da kat sebelah bersama panadol..haha...kalau esok aku tak pegi class tu faham2x jelah yer...
ok, tu je lah aku nak story telling bagai..panjang juga aku karang malam nie.. terasa macam jawab soalan karangan SPM la pula..agak2x aku dapat berapa yer..haha..
ok, tak nak merapu dah..bantal lembu aku dah panggil..i wish, all of you in good health always..=)
2 comments:
get well soon... ahhha.. mandi hujan best!
thankz...memang best giler ah, sampai boleh buat orang makan tak lalu, tidur sampai malas nak bangun, and mandi tak basah dah..haha..
Post a Comment