Bapa empat anak ditemui mati terjerut
JUNJUNG - Seorang bapa empat anak ditemui mati dalam keadaan leher terjerut dan tergantung di bahagian tengah rumahnya di Kampung Padang Janggus, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam.
Isteri mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian tidak ada sesiapa di rumah kerana anak-anak mereka ke sekolah. Dia kemudian ternampak mangsa cuba menggantung diri menggunakan kain licin tetapi sempat menghalangnya.
“Walaupun suami saya jatuh atas riba dan dalam keadaan lemah, dia masih boleh bangun dan mengambil kain cadar dan menggantung dirinya sekali lagi. Saya menjerit meminta tolong jiran tetapi mungkin tiada siapa yang dengar. Suami saya kemudiannya naik ke atas kerusi dan terjun. Kali ini saya tidak dapat menyelamatkannya lagi,” katanya ketika menceritakan kejadian kepada polis.
Wanita itu berkata, suaminya pernah bertugas sebagai anggota tentera dan seorang yang kuat cemburu.
“Saya rasa suami saya cemburu kerana bekas suami selalu menelefon anak-anak. Lagipun, minggu lalu dia pergi mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Petani dan didapati menghidapi barah otak,” katanya.
Mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani meminta isterinya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya yang tinggal di Bukit Selambau.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara itu, bapa mangsa yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa dan isterinya balik ke Bukit Selambau melihat anak mereka berusia 10 bulan yang dijaganya.
Menurutnya, jenazah dibawa balik ke Bukit Selambau untuk dikebumikan.

takut kan dengar benda2x cam nie berlaku..plus dekat2x ngan umah aku jer..yang paling sedih,hukum bunuh diri nie berdosa besar taw..xbau syurga..seperti yang dirawayatkan:
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
p/s: b'fikir dulu seblom b'tindak..if ada masalah,cuba ceritakan pada orang t'dekat agar xmenanggung sorang2x..tingkat kn iman agar xmudah terpengaruh dengan hasutan syaitan..
2 comments:
Betul tu. Tension sangat tu yg jadi mcm tu. Kena ingat Allah banyak2... p/s: risaukan diri sendiri, macam mana keadaan diri ni ketika nyawa diambil. Baikkah? huhu....
yup..setuju tu...byk2x kn lah b'istighfar..
Post a Comment